Apa yang biasa dilakukan oleh kami sebagai pengurus ialah:
- Mengadakan Kem Kawad Kaki
- Kem kawad kaki biasanya dijalankan SETIAP minggu pada hari Jumaat, Sabtu dan adakalanya sehingga hari Ahad.
- Tujuan kem ini dibuat adalah untuk memudahkan ahli team menerima ilmu berkawad secara berterusan dan tidak mudah lupa.
- Kem dibuat pada waktu petang dan sekaligus tidak mengangu proses PdP (Pembelajaran dan Pengajaran) atau dengan istilah yang mudah, waktu belajar di sekolah.
- Latihan yang kerap dan berterusan, biasanya 2 jam dan rehat selama 30 minit (bergantung kepada keadaan).
- Sesi rehat (makan dan minum) yang cukup.
- Penekanan kepada aspek ibadah seperti solat dan konsep DUIT (Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal).
- Kehadiran yang wajib bagi setiap latihan amat dititik beratkan.
- Kebiasaannya, kami akan meminta dana dari pihak sekolah dan PIBG untuk menampung keperluan aktiviti kawad.
- Selain dari sekolah dan PIBG, kami juga ada menjalankan aktiviti jualan mencari dana seperti menjual air kotak di bilik guru ataupun ketika hari sukan sekolah.
- Sumbangan juga ada kalanya datang dari orang perseorangan dan juga syarikat-syarikat yang berminat dengan aktiviti kawad kaki.
- Sokongan amat penting dalam mana-mana pasukan, dan kami sebagai wakil sekolah akan cuba mendapatkan sokongan dari pihak sekolah terlebih dahulu seperti pentadbir, para guru dan pihak PIBG.
- Sokongan ibubapa ahli team juga amat penting kerana tanpa sokongan mereka, ahli team tidak dapat mencapai pelbagai kejayaan dalam pertandingan.
- Sokongan juga harus datang dah ahli team sendiri. Tanpa sokongan ahli team sendiri, pelbagai aktiviti tidak dapat dijalankan.
- Sokongan juga akan cuba didapatkan dari pihak seperti Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Klang selaku penaung team ketika mewakili daerah dan juga Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) selaku penaung team ketika mewakili negeri di peringkat kebangsaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala nasihat, cadangan dan penambahbaikan boleh ditulis di sini: