Jumaat, 15 Januari 2016

Selamat datang 2016!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Alhamdulillah, 2016 telah bermula dengan jayanya. Anak2 generasi baru Mujahid Kecil telah mula menjalankan latihan kawad untuk sesi 2016. Dijangka pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Klang akan diadakan pada 5 Mac 2016, dengan SK Teluk Gadong sebagai tuan rumah untuk Daerah Klang.

Pertandingan peringkat Negeri Selangor juga akan dilangsungkan pada 22 Mac 2016, dengan Daerah Gombak akan menjadi tuan rumah. Ini sedikit sebanyak akan menghilangkan rasa duka pada tahun lepas, di mana tiada pertandingan peringkat Negeri Selangor diadakan.









Khamis, 10 September 2015

PERTANDINGAN KAWAD KAKI KEMBALI!!

Assalamua'laikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia!

Wah, dah lama cikgu tak menulis mengenai hal-ehwal kawad kaki dan terutamanya mengenai hal Pasukan Team Mujahid Kecil ni. Kalau ada yang bertanya, ahli pasukan semua sihat-sihat belaka.

Baik, mari terus ke topik utama. Pertandingan Kawad Kaki Daerah Klang bakal diadakan pada 18 Jun 2014, dengan SK Teluk Pulai sebagai tuan rumah. Walaubagaimana pun, pertandingan akan diadakan di SK Taman Gembira, tapak yang sama sepertimana pertandingan tahun lepas (2013). Boleh dikatakan bahawa daerah Klang adalah daerah yang (mungkin) terakhir yang menganjurkan pertandingan kawad kaki (sekolah rendah) di negeri Selangor ini. Tinjauan yang dilakukan mendapati kebanyakan daerah telah selesai menjalanai pertandingan diperingkat rendah dan menengah.

Team Mujahid telah bersedia untuk pertandingan ini sejak awal tahun lagi.

Baik, tu cerita tahun 2014. Alhamdulillah, walaupun kami hanya berjaya mendapat tempat ke-2 peringkat negeri Selangor, kami berjaya mendapat Anugerah Unit Beruniform Cemerlang Peringkat Daerah Klang! Lega juga rasanya, walaupun sedikit kecewa pada awalnya.

Tahun 2015 merupakan tahun yang agak mencabar bagi Team Mujahid Kecil sebenarnya. Antara beberapa sebabnya adalah:

  1. Kekurangan bajet dari pihak tertentu seperti PPD dan JPNS untuk mengadakan pertandingan kawad kaki peringkat rendah.
  2. Pertukaran format di peringkat daerah Klang, di mana satu platun dikurangkan secara mendadak dari 30 orang, ke 15 orang sahaja.
  3. Kawad formasi tidak lagi dipertandingkan mulai tahun 2015. Hanya kawad statik dan dinamik secara pusingan sahaja.
  4.  Dan yang paling menyedihkan ialah...pertandingan peringkat rendah berakhir di peringkat daerah sahaja. Tiada pertandingan di peringkat negeri (biasanya tiada pertandingan di peringkat Kebangsaan seperti yang lepas-lepas).
Apa-apa pun, perjuangan mesti diteruskan. Pasukan Mujahid Kecil akan terus berjuang bila diperlukan. Dan kami akan sedaya upaya mengekalkan kecemerlangan walaupun menentang arus!

Jumaat, 20 Jun 2014

Alhamduliilah! Kami Berjaya Lagi!

Assalamu'alaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia!

Pada 19 Jun 2014, Team Mujahid Kecil SK Sungai Binjai sekali lagi telah menjadi johan Pertandingan Kawad Kaki (SR) Daerah Klang yang bertempat di SK Taman Gembira, Teluk Gadong. Pertandingan kali in dianjurkan oleh PPD Klang, dengan SK Teluk Pulai sebagai tuan rumah dan SK Taman Gembira sebagai tapak pertandingan (SK Taman Gembira merupakan tuan rumah pada tahun 2013).

Dengan markah 83.37, SK Sungai Binjai berjaya menjadi johan Kategori A, menewaskan SK Rantau Panjang di tempat kedua dan SK Bukit Kuda di tempat ketiga. Johan Lelaki Kategori B dimenangi oleh SK Sungai Udang.

Pertandingan kawad kaki kali ini menampilkan sedikit kelainan dengan memperkenalkan 2 kategori, iaitu Kategori A (Kawad dan Formasi) dan Kategori B (Kawad Asas).

Sekarang kami sedang menanti debaran untuk Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan di SMK Seri Kundang, Rawang pula. daerah Gombak pula yang menjadi tuan rumah pada kali ini. Doakan kami berjaya mengharumkan nama daerah Klang, in shaa Allah.
mujahidkecil's Kawad Kaki daerah Klang 2014 album on Photobucket

Jumaat, 29 November 2013

Rombongan ke Taiping 2013!

Assalamu'alaikum dan Salam 1Malaysia!

Baru-baru ini (pada 23 November 2013), TMK telah mengadakan satu rombongan ke Taiping yang dianjurkan oleh Pengurusan Kawad Kaki SK Sungai Binjai, Meru Klang. Seramai 30 orang ahli TMK telah menyertai rombongan pada kali ini. Bermacam-macam aktiviti telah dilakukan seperti melawat Zoo Taiping, menaiki bot di Kuala Sepetang dan bermacam-macam lagi.

Jumaat, 22 November 2013

TAIPING - SILA AMBIL PERHATIAN!

Assalamu'alaikum dan Salam 1Malaysia,

Esok pagi jangan lupa datang ke sekolah sebelum jam 7 pagi. Kita akan bertolak pada jam 7.30 pagi (bergantung kepada keadaan cuaca). Sila pakai baju Klang (biru) atau baju sukan sekolah jika tiadak mempunyai baju Klang (biru). Pakai dengan seluar sekolah serta kasut yang sesuai (tak semestinya kasut sekolah).
Sila bersarapan dahulu di rumah dan jangan lupa bawa air mineral saiz besar.
Bawa barang2 yang sedikit serta mudah dibawa untuk 2 hari 1 malam. Jikalau ada membawa handphone, tablet dan sebagainya, sila beritahu kepada cikgu. Kecuaian dan kehilangan adalah tanggungjawab sendiri. Sila beradab sopan ketika berada di tempat orang.
Kita akan ke Kuala Sepetang dahulu sebelum ke Taiping. Beberapa aturcara telah kami tetapkan dan sila beri kerjasama untuk memastikan rombongan ini berjalan dengan lancar.

Khamis, 31 Oktober 2013

JEMPUTAN KHAS!

Assalamu'alaikum wbt, dan Salam 1Malaysia.

Pada 31 Oktober 2013 (Khamis), Team Mujahid Kecil telah berbesar hati menerima undangan khas persembahan demo kawad kaki yang bertempat di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pandamaran A (SJKC PA), Pandamaran. Guru Besar SJKC PA, Puan Lim Siok Hui telah berbesar hati menerima kedatangan kami dan telah melayan kami dengan baik sepanjang kehadiran kami ke sekolah beliau.

Kedatangan kami sebenarnya adalah melalui jemputan GPK Ko-Kurikulum SJKC PA, Pn. Chiu yang telah melawat SK Sungai Binjai semasa program pembelajaran beliau di Institut Aminuddin Baki (IAB) pada bulan Ogos lalu. Beliau telah memilih Pasukan TMK untuk beliau kaji dan sedikit sebanyak menimba ilmu pengurusan di SK Sungai Binjai.

Kedatangan Pasukan TMK ditemani oleh GPK Ko-Kurikulum SK Sungai Binjai, En. Khalimi M Dalhan, menggantikan En. Husni Darus yang terlibat dengan sistem pengurusan kualiti sekolah.






Sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi mempelawa kami membuat persembahan di SKJC Pandamaran A!

Khamis, 3 Oktober 2013

Hari Anugerah Kokurikulum SK Sungai Binjai.

Assalamalaikum dan Salam 1 Malaysia,




Pada hari Jumaat, 4 Oktober 2013 telah berlangsung satu acara khas iaitu Hari Anugerah Kokurikulum SK Sungai Binjai, yang bertempat di Dewan Bistari SKSB. Team Mujahid Kecil telah berjaya merangkul Anugerah Unit Beruniform Terbaik melalui unit Pengakap. Salah seorang ahli TMK iaitu Muhammad Naim b. Norazam telah berjaya merangkul Anugerah Tokoh Kokurikulum (Lelaki).

Jurulatih Utama TMK iaitu En. Muhammad Fahmy Anuar b. Ruslee telah hadir dan telah di anugerahkan Penghargaan Khas dari pihak sekolah. Walaupun masih lagi mengalami luka dan kecederaan kecil akibat kemalangan jalan raya kecil pada Ahad lalu, beliau masih lagi ceria dan bersemangat menghadirkan diri sempena majlis anugerah kokurikulum pada tahun ini.

 Diharapkan agar kecemerlangan ini akan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang dengan merangkul lebih banyak kejayaan dan terus berusaha gigih.