Khamis, 10 September 2015

PERTANDINGAN KAWAD KAKI KEMBALI!!

Assalamua'laikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia!

Wah, dah lama cikgu tak menulis mengenai hal-ehwal kawad kaki dan terutamanya mengenai hal Pasukan Team Mujahid Kecil ni. Kalau ada yang bertanya, ahli pasukan semua sihat-sihat belaka.

Baik, mari terus ke topik utama. Pertandingan Kawad Kaki Daerah Klang bakal diadakan pada 18 Jun 2014, dengan SK Teluk Pulai sebagai tuan rumah. Walaubagaimana pun, pertandingan akan diadakan di SK Taman Gembira, tapak yang sama sepertimana pertandingan tahun lepas (2013). Boleh dikatakan bahawa daerah Klang adalah daerah yang (mungkin) terakhir yang menganjurkan pertandingan kawad kaki (sekolah rendah) di negeri Selangor ini. Tinjauan yang dilakukan mendapati kebanyakan daerah telah selesai menjalanai pertandingan diperingkat rendah dan menengah.

Team Mujahid telah bersedia untuk pertandingan ini sejak awal tahun lagi.

Baik, tu cerita tahun 2014. Alhamdulillah, walaupun kami hanya berjaya mendapat tempat ke-2 peringkat negeri Selangor, kami berjaya mendapat Anugerah Unit Beruniform Cemerlang Peringkat Daerah Klang! Lega juga rasanya, walaupun sedikit kecewa pada awalnya.

Tahun 2015 merupakan tahun yang agak mencabar bagi Team Mujahid Kecil sebenarnya. Antara beberapa sebabnya adalah:

  1. Kekurangan bajet dari pihak tertentu seperti PPD dan JPNS untuk mengadakan pertandingan kawad kaki peringkat rendah.
  2. Pertukaran format di peringkat daerah Klang, di mana satu platun dikurangkan secara mendadak dari 30 orang, ke 15 orang sahaja.
  3. Kawad formasi tidak lagi dipertandingkan mulai tahun 2015. Hanya kawad statik dan dinamik secara pusingan sahaja.
  4.  Dan yang paling menyedihkan ialah...pertandingan peringkat rendah berakhir di peringkat daerah sahaja. Tiada pertandingan di peringkat negeri (biasanya tiada pertandingan di peringkat Kebangsaan seperti yang lepas-lepas).
Apa-apa pun, perjuangan mesti diteruskan. Pasukan Mujahid Kecil akan terus berjuang bila diperlukan. Dan kami akan sedaya upaya mengekalkan kecemerlangan walaupun menentang arus!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala nasihat, cadangan dan penambahbaikan boleh ditulis di sini: