Mengenai Kami

Permulaan.

Al-kisah bermulalah pada satu hari yang indah nian...pada tahun 2002. Di sebuah sekolah di Pekan Meru, yang ketika itu masih lagi kelihatan seperti sebuah pekan cowboy dengan deretan kedai-kedai kayu yang tidak beberapa tersusun.

Seorang guru lelaki, sedang asyik membaca dan mengerutkan dahinya. Dia melihat ke atas sekeping kertas yang diberi kepadanya oleh tuan guru besar sebentar tadi. Dahinya berkerut memikirkan apakah tindakan seterusnya yang patut dibuat selepas mendapat sekeping kertas yang dirasakan berat sekali, walaupun ianya sekeping kertas, namun kertas itu membawa satu tanggungjawab yang agak besar sekali. Sebesar masalah yang dihadapinya kini.

"Pertandingan Kawad Kaki (Sekolah Rendah) Peringkat Daerah Klang 2002"

Itulah yang tertera pada surat yang diberikan oleh tuan guru besar. Tuan guru besar mahukan sekolah mencuba untuk bertanding pada pertandingan kawad kaki pada kali pertama. Dan guru itu melakukan sedaya upaya yang boleh diberikan.

...dan selepas 10 tahun kemudian mereka tak pernah berputus asa sehingga kini.

Maklumat Asas

  • Nama pasukan: Pasukan Kawad Kaki SK Sungai Binjai
  • Nama khas: Team Mujahid Kecil (mulai tahun 2013)
  • Diasaskan oleh: Tuan Haji Saleh b. Norsani (kini GPK Kokurikulum SK Teluk Gadong)
  • Tahun diasaskan: 2002
  • Jurulatih: Muhammad Fahmi b. Hanapiah (2002-2012), Mohamed Fahmy Anuar b. Ruslee (pembantu jurulatih sehingga 2012, Jurulatih Utama 2013), Mohd Zulakbar bin Khalil dan Mohd Faizi bin Iskandar (2013-2014),
  •  Mula bertanding di peringkat daerah: 2002
  •  Mula bertanding diperingkat negeri: 2002
  •  Mula bertanding di peringkat kebangsan: 2004
Kronologi

2002
  • Mula ditubuhkan.
  • SK Sungai Binjai menjadi tuan rumah pertandingan Kawad Kaki Sekolah Rendah Daerah Klang untuk kali pertama (tetapi pertandingan diadakan di SK Meru).
  • SK Sungai Binjai dinobatkan sebagai JOHAN DAERAH KLANG 2002.
  • Pertama kali mewakili daerah Klang ke pertandingan peringkat Negeri Selangor dan menjadi JOHAN.
  • Tiada peringkat kebangsaan diadakan pada tahun ini.
 2003
  • Sekali lagi berjaya mewakili daerah Klang ke peringkat negeri.
  • Walaubagaimana pun gagal mempertahankan kejuaraan dan kalah kepada pasukan Daerah Gombak dengan perbezaan mata sebanyak 0.25 (tempat kedua).
  • Pertama kali diadakan pertandingan peringkat kebangsaan di Sarawak. Johan kebangsaan 2003 disandang oleh pasukan Johor.
  • Kegagalan 2003 menjadi faktor terpenting ke arah kecemerlangan pasukan kawad kaki dengan memperkenalkan KEM KAWAD kali pertama.
2004
  • Berjaya mewakili negeri Selangor di peringkat kebangsaan yang diadakan di Kem Tasoh, Perlis.
  • Hanya mendapat tempat ke-7 kebangsaan. Johan masih lagi dipegang oleh negeri Johor.
2005
  • Kali pertama menjadi JOHAN KEBANGSAAN yang bertempat di UUM Sintok, Kedah.
2006
  • Berjaya mengekalkan kejuaraan di peringkat Kebangsaan bertempat di Papar, Sabah.
  • Pertama kali ketua platun dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik Keseluruhan (Lelaki).
2007
  • Gagal mengekalkan kejuaraan di peringkat kebangsaan dan hanya menjadi Naib Johan.
  • Pasukan Johor menjadi johan semula selepas 2 tahun.
2008
  • Format baru pertandingan diperkenalkan.
  • SK Sungai Binjai gagal mewakili Selangor apabila kalah kepada pasukan daerah Gombak di peringkat negeri Selangor.
  • Johor mengekalkan kejuaraan peringkat kebangsaan bertempat di Tumpat, Kelantan.
2009
  • Berbekalkan keazaman yang tinggi, Selangor yang diwakili oleh SK Sungai Binjai berjaya mencapai kejuaraan semula selepas 2 tahun dipegang oleh Johor.
  • Pertandingan diadakan di Nilai 3, Negeri Sembilan.
  • Ketua Platun Terbaik (Lelaki).
2010
  • Meneruskan kecemerlangan dengan menjadi Johan peringkat kebangsaan bertempat di Danga Bay, Johor. 
  • Pasukan tuan rumah menjadi naib johan dan Ketua Platun Terbaik (Lelaki).
2011-2012
  • Berjaya menjadi johan daerah Klang dan negeri Selangor, tetapi tiada pertandingan peringkat kebangsaan selama 2 tahun.
2013
  • Menjadi johan peringkat negeri Selangor dan Kebangsaan (Zon Tengah) serentak yang diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Langat.
2014
  • Menjadi johan peringkat daerah Klang dan Naib Johan di peringkat negeri Selangor, ditewaskan oleh wakil Kuala Selangor, iaitu SK Puncak Alam 2. 
  • SK Teluk Gadong (kategori Puteri SR - Pengakap) mewakili Selangor di peringkat Kebangsaan di UTHM dan berjaya menjadi johan keseluruhan.
2015
  • Format baharu diperkenalkan sekali lagi, melibatkan pengurangan ahli platun dari 30 ke 15 orang sahaja. Kawad formasi tidak lagi dipertandingkan dan padang kawad dikecilkan. Pengenalan kepada 2 kategori, iaitu kategori A bagi sekolah yang pernah memasuki pertandingan sehingga peringkat Kebangsaan dan kategori B bagi sekolah yang pertama kali memasuki pertandingan diperingkat Daerah. Tujuan kategori B diperkenalkan adalah untuk menggalakan sekolah menghantar wakil dan meramaikan jumlah pasukan.
  • Menjadi johan peringkat Daerah, namun tiada pertandingan peringkat negeri diadakan kerana kekurangan dana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala nasihat, cadangan dan penambahbaikan boleh ditulis di sini: